Maka mencintai Allah lebih dari segala-galanya itulah yang harus diterapkan dalam diri. Cuba mencari dan terus mencari cinta Allah. Takkan ada benda yang datang bergolek. Walaupun kita dilahirkan islam, kita masih wajib mencari iman. Harus mendapatkan hidayah dariNya. Iman tak dapat diwarisi. Tapi kita dikurniakan akal fikiran. Tepuk dada tanya selera. Mana jalan yang kita nak pilih untuk bahagia? So, serah lah bulat bulat kepada Allah s.w.t. Dalam al-quran sendiri ada quote byk mengenai penyerahan kita kepada Allah. Cuba lakukan yang terbaik untuk bahagia. Bersangka baik dengan Allah. Apa pun jalan yang kita pilih, kalau kita rasakan tujuannya semata-mata kerana Allah s.w.t, insyaAllah Allah lorongkan dan temukan yang terbaik saja untuk kita. Kalau tertimpa sesuatu di tengah jalan pun, itu adalah ujian kesabaran untuk kita tempuh, n mudah mudahan kalau kita still ikut jalan yg betul dgn sabar, Allah letak ganjaran yang tinggi untuk kita. Mungkin kalau kemanisan itu bukan di dunia, Allah pasti temukan kemanisan tu di syurga nanti Amin Wallahuallam.....
Setakat hari ni, hati saya masih terbuka untuk terima sesuatu yang masih, pada saya, punya harapan dan kesudahan yang baik insyaAllah. Kerana telah memilih sekali, saya masih rasa yang pemilihan yang lepas adalah yang terbaik untuk dipertahankan, untuk diperbaiki. Mungkin dulu lain ceritanya. Tapi dengan hidayah Allah beri, sedikit penghijrahan yang sangatlah kecil dari diri sendiri, saya ingin sangat gunakan untuk perbaiki sesuatu yang sudah hampir rapuh dan hancur. Konfiden itu datang dari kepercayaan dan penyerahan hidup bulat-bulat kepada Allah. Rasa cinta ada Allah wajib lebih dari segala galanya. Dengan itu kita mungkin dapat buat pilihan dengan lebih yakin. As a human yang sangat lemah pengetahuan dan langsung buta dengan keghaiban, atau kejadian yang bakal dihadapi, saya cuma berharap keputusan ini tepat.
Mungkin Allah sedang menguji saya sekarang. Apa yang dah jadi, saya jadikan satu pengajaran yang besar, dan dengan itu, pelbagai action and back up action, selain catatan untuk mengingatkan diri dan menghindarkan diri dari terjerumus pada sesuatu yang tak diingini berlaku. Kemudian, I will always assume yang manusia sangat sukar berubah. Seseorang yang lain tidak mungkin dapat mengubah seorang yang lainnya, kalau bukan datang dari inisiatif diri orang itu sendiri. So macamana? caranya, berdoa dan solat hajat agar Allah temukan jalan yg lurus buat orang itu, dan sebagai orang yang rapat dengannya, haruslah ada cara yang 'halus' untuk kasi perubahan dalam diri org tersebut. Halus tak bermaksud jin, syaitan dan sebagainya ya. Tapi indirect ways/means to lead the people tend to change to the right path. Bantu dia. Serik dah nak jadi cikgu atau makcik bebel, atau jadi pengarah yang nak kena fikir itu ini untuk dia, yang mana dia setakat lakonkan ikut arahan aje. No, taknak buat mcm tu lagi. Lagi satu, persiapan untuk diri sendiri paling penting,untuk belajar terima dia seadanya, dan belajar hidup dengan seseorang yang memang lain benar didikannya dari kita sejak kecik dulu.
So, balik pada tajuk, apa2 pun, yang penting nawaitu, kerana Allah. N sdg belajar tanamkan rasa cinta kepada Allah mengatasi segala-galanya. InsyaAllah semua jadi ok, dan Allah akan tunjuk jalan-jalan seterusnya, tapi haruslah tidak terburu-buru. Tindakan mesti bijak, dan wajib ada SABAR. Doakan saya...insyaAllah...amin
No comments:
Post a Comment