About Me

My photo
Welcome. Just wanna share my thoughts and this is medium to express my emotions...:)

Monday, 24 December 2012

god..nak beranak sudah

Salam everybody

24/12/2012- my last day of working before aku amik unpaid leave and terus ke maternity leave for 60 consecutive days. Well many asked why I leave so early since my due date is actually fall on 14 January 2013. Tapi aku ada seribu satu mcm reason and obviously satu daripadanya is; aku dah tak larat nak kerja. My job scope maybe different with other mummy kan. Jenis yg selagi tak cuti, alamatnya balik lah memalam bute or akan berlambaklah kerja n responsibility selagi wujud kat tempat yg namanya ofis. Lagipun my boss advised me to leave earlier so aku rasa better kot.

Kat rumah, kalau lah betul due next year, aku rasa mcm2 boleh buat. It's time for me to menenangkan hati yg gusar gara2 takut dgr lots and lots of stories pasal kesakitan nak bersalin. Aku mmg dari dulu seriau dgr cerita2 bab beranak2 ni kan. Tawakal to Allah, tapi at the same time I want to get ready and have full preparation before I go to labour room for delivery. Hope everything goes well, insyaAllah.

As I always read and online on the related topic pasal deliver baby ni, I'd like to share also what we should do dalam time2 mcm ni. Aku belum dapat lihat hasilnya coz belum bersalin lagi, but will share with you guys insyaAllah (mcm lah ada reader hehe) apa hasilnya.

Bangun seawal subuh, solat dgn khusyuk, berdoalah pagi2 supaya segar dan tenang. Baca yasin and selawat. Gosok baju laki sbb dia nak g keje. Pastu, lawan nafsu tidur!! sekarang mmg nak lawan! so, pagi2 time tak panas dan udara masih fresh, aku jalan kaki area rumah. dalam 20 minit macam tu. Jgn biar rasa terlalu penat. Just jalan slow2, sbb kata org, dah nak deliver, byk gerak itu bagus.

balik baru lah cari makan. sepanjang pregnant tak berkesempatan nak makan buah kurma byk2. so time2 tunggu hari ni lah, pulun makan kurma. Minum susu dan minum air suam byk2. Jgn lupa amik folic asid, vitamins yg hospital bagi utk boost energy. Then rileks sat, duduk, or baring. Gara2 penat berjalan, sometimes boleh terlelap. tp tak bagus sgt coz nnti jadi letih n hilang tenaga. So, buat lah apa2 such as tengok Tv, vacum/kemas rumah, basuh baju or basuh toilet. hehe..that one antara faveret aku time2 pregnant ni. tp make sure, buat apa pun, mesti selang seli dgn rehat yg cukup. Jgn paksa diri.

Then I will take my lunch. Time pregnant selera sgt membuak2. But I dont care. Makan aje lah coz lapar kan? Time mcm ni, kalori kena tambah. So makan lah nasi byk2, tp jgn lah byk sgt, kadar2 lah, untuk dpt tenaga yg cukup nnti. Then boleh continue dgn solat zuhur, mengaji, solat asar, mengaji etc etc. Surah yg bagus diamalkan (menurut pembacaan aku) ialah surah maryam, yusuf and luqman. Yes, I did it. Tapi time2 nak bersalin ni, aku amalkan surah maryam coz insyaAllah this is to ease the pain during contraction/delivery. InsyaAllah amin...moga2 benarlah dipermudahkan amin amin amin.

Pendek kata, waktu2 dalam tunggu hari ni, mmg nak banyakkan amalan. N byk2 berdoa. Nak jadi positif, baca lah banyak2 buku ilmiah, n tengok2 lah blog org2 yg berilmu. Dgr motivasi n rancangan2 tv yg bg inspirasi. Baru lah boleh tenang n bermotivasi. Tak tau lagi rasa bersalin tu mcm mana, tp yg mampu doa je lah n ikut petua2 tu semua. InsyaAllah tuhan permudahkan, selagi kita berhajat, berdoa dan serah bulat2 semua urusan hanya padaNya, insyaAllah diberi kekuatan utk hadap semua tu. Lagipun dah carry 9 months kan, nak taknak kena hadap jugak rasa2 sakit tu semua.

Dah masuk 9 bulan ni, aku taknak fikir byk2 benda yg membuatkan aku stress. Just nak rileks mentally and physically also. Apa2 yg nak dibuat, kena ikhlas dan perbetul niat. As a human, of course aku banyak lacking sana sini but I'm still learning to be a good person. Always remind myself to be sincere in everything I did. Secondly, apa2 yg aku nak buat, bear in mind, semuanya kerana nak dapat redha Allah. That's it. Kalau kita letak banyak sgt niat time buat apa2 kat dunia ni, we will be pressure. So untuk dpat tenangkan hati, I just have to say, and think, niat kena hanya kerana Allah. Tiada yg lain. The only hope. The only destination. Next is syukur. Aku nak tanam dalam diri, mcm mana teruk pun dugaan yg datang, ujian yg mencabar diri, tempuh je dgn tenang. Jgn rasa kurang. Cari kelebihan2 yg sgt banyak Allah dh bg kat kita. Istighfar dan tanamlah rasa syukur byk2 atas kelebihan diri. Dari situ, kita tak akan asyik nak mengeluh dan komplen itu ini.

Okeh, panjang sgt dah ni. InsyaAllah jumpa entry lain, maybe lepas beranak ke? who knows. Pray for me untuk melahirkan dgn selamatnya. Amin