About Me

My photo
Welcome. Just wanna share my thoughts and this is medium to express my emotions...:)

Monday, 24 December 2012

god..nak beranak sudah

Salam everybody

24/12/2012- my last day of working before aku amik unpaid leave and terus ke maternity leave for 60 consecutive days. Well many asked why I leave so early since my due date is actually fall on 14 January 2013. Tapi aku ada seribu satu mcm reason and obviously satu daripadanya is; aku dah tak larat nak kerja. My job scope maybe different with other mummy kan. Jenis yg selagi tak cuti, alamatnya balik lah memalam bute or akan berlambaklah kerja n responsibility selagi wujud kat tempat yg namanya ofis. Lagipun my boss advised me to leave earlier so aku rasa better kot.

Kat rumah, kalau lah betul due next year, aku rasa mcm2 boleh buat. It's time for me to menenangkan hati yg gusar gara2 takut dgr lots and lots of stories pasal kesakitan nak bersalin. Aku mmg dari dulu seriau dgr cerita2 bab beranak2 ni kan. Tawakal to Allah, tapi at the same time I want to get ready and have full preparation before I go to labour room for delivery. Hope everything goes well, insyaAllah.

As I always read and online on the related topic pasal deliver baby ni, I'd like to share also what we should do dalam time2 mcm ni. Aku belum dapat lihat hasilnya coz belum bersalin lagi, but will share with you guys insyaAllah (mcm lah ada reader hehe) apa hasilnya.

Bangun seawal subuh, solat dgn khusyuk, berdoalah pagi2 supaya segar dan tenang. Baca yasin and selawat. Gosok baju laki sbb dia nak g keje. Pastu, lawan nafsu tidur!! sekarang mmg nak lawan! so, pagi2 time tak panas dan udara masih fresh, aku jalan kaki area rumah. dalam 20 minit macam tu. Jgn biar rasa terlalu penat. Just jalan slow2, sbb kata org, dah nak deliver, byk gerak itu bagus.

balik baru lah cari makan. sepanjang pregnant tak berkesempatan nak makan buah kurma byk2. so time2 tunggu hari ni lah, pulun makan kurma. Minum susu dan minum air suam byk2. Jgn lupa amik folic asid, vitamins yg hospital bagi utk boost energy. Then rileks sat, duduk, or baring. Gara2 penat berjalan, sometimes boleh terlelap. tp tak bagus sgt coz nnti jadi letih n hilang tenaga. So, buat lah apa2 such as tengok Tv, vacum/kemas rumah, basuh baju or basuh toilet. hehe..that one antara faveret aku time2 pregnant ni. tp make sure, buat apa pun, mesti selang seli dgn rehat yg cukup. Jgn paksa diri.

Then I will take my lunch. Time pregnant selera sgt membuak2. But I dont care. Makan aje lah coz lapar kan? Time mcm ni, kalori kena tambah. So makan lah nasi byk2, tp jgn lah byk sgt, kadar2 lah, untuk dpt tenaga yg cukup nnti. Then boleh continue dgn solat zuhur, mengaji, solat asar, mengaji etc etc. Surah yg bagus diamalkan (menurut pembacaan aku) ialah surah maryam, yusuf and luqman. Yes, I did it. Tapi time2 nak bersalin ni, aku amalkan surah maryam coz insyaAllah this is to ease the pain during contraction/delivery. InsyaAllah amin...moga2 benarlah dipermudahkan amin amin amin.

Pendek kata, waktu2 dalam tunggu hari ni, mmg nak banyakkan amalan. N byk2 berdoa. Nak jadi positif, baca lah banyak2 buku ilmiah, n tengok2 lah blog org2 yg berilmu. Dgr motivasi n rancangan2 tv yg bg inspirasi. Baru lah boleh tenang n bermotivasi. Tak tau lagi rasa bersalin tu mcm mana, tp yg mampu doa je lah n ikut petua2 tu semua. InsyaAllah tuhan permudahkan, selagi kita berhajat, berdoa dan serah bulat2 semua urusan hanya padaNya, insyaAllah diberi kekuatan utk hadap semua tu. Lagipun dah carry 9 months kan, nak taknak kena hadap jugak rasa2 sakit tu semua.

Dah masuk 9 bulan ni, aku taknak fikir byk2 benda yg membuatkan aku stress. Just nak rileks mentally and physically also. Apa2 yg nak dibuat, kena ikhlas dan perbetul niat. As a human, of course aku banyak lacking sana sini but I'm still learning to be a good person. Always remind myself to be sincere in everything I did. Secondly, apa2 yg aku nak buat, bear in mind, semuanya kerana nak dapat redha Allah. That's it. Kalau kita letak banyak sgt niat time buat apa2 kat dunia ni, we will be pressure. So untuk dpat tenangkan hati, I just have to say, and think, niat kena hanya kerana Allah. Tiada yg lain. The only hope. The only destination. Next is syukur. Aku nak tanam dalam diri, mcm mana teruk pun dugaan yg datang, ujian yg mencabar diri, tempuh je dgn tenang. Jgn rasa kurang. Cari kelebihan2 yg sgt banyak Allah dh bg kat kita. Istighfar dan tanamlah rasa syukur byk2 atas kelebihan diri. Dari situ, kita tak akan asyik nak mengeluh dan komplen itu ini.

Okeh, panjang sgt dah ni. InsyaAllah jumpa entry lain, maybe lepas beranak ke? who knows. Pray for me untuk melahirkan dgn selamatnya. Amin

Friday, 16 November 2012

Azam tahun baru

Salam,

Today is 16 Nov 2012 = 2 Muharram 1434....Alhamdulillah, a new year, with new hopes. Of course, berlambax lah azam yg dah di short list kan untuk tahun ini..:)

1) Saya nak melahirkan seorang baby yang comel, sihat dan selamat...kalau boleh bila besar, dia akan jadi rupa mcm ni:





haha...kalau baby boy lah yer...kalau girl, dapat rupa mcm fazura pun dah bersyukur...
n semoga dia jadi anak yg baik, beriman, berjaya dan etc etc.

2) Hope that our marriage will be happily ever after....amin...dah takmo gaduh2 dah...masing2 dah tua n should know our own responsibilities...semoga kami ambil iktibar atas apa yg jadi last year. close the chapter. bukak yg baru

3) Last year, i was married to him. I bought a house. I got a new job. Tapi hutang pun banyak jughe...hehe...utk tahun baru ni, i really hope murah lah rezeki kami bertiga (including my baby)..supaya cepat dapat langsai hutang piutang yg ada...nak release dari semua burden yg ada.....mintak2 business kami (catering services) semakin maju dari tahun lepas...amin lagi....

4) Nak new handbag!!!!!! Burberry? Michael Kors? Gucci? Chanel?? Alamaks...tak kisah lah. Kalau Allah kasi rezeki lebih, must grab one for sure!

5) To enhance my career development, and to be promote to another level. I  was begin from very below after hold a bachelor degree in my proud UiTM, as an audit assistant ---> until the level of Audit Manager. I am looking forward to be a senior manager in my current firm, insyaAllah will achieve it this year. With a new range of salary later, takmo dah tambah commitment. Cukup dgn apa yg ada setakat ni...Alhamdulillah

ok..that's all for today. Really wish that i'll achieve all the above this year. Amin, ya rabbal a'lamin....

Monday, 15 October 2012

Mommy-to-be

Assalamualaikum

Lamanya tak update blog

Mana lah tak lama..dari awal menulis (that time in conflict) sampai la dah 6 months plus pregnancy

:)

I am a mummy to be!! Praised to god. Alhamdulillah.....

Well, my life is just like this. Nothing more, except, I am grateful to Allah for everything he gives. He gives me happiness, and now the treasure that I have is the one inside

cant wait to see my bb. anyway tak scan lagi. bedebaq nak tgu anak mummy ni baby boy ke girl ya..

dalam sibuk2 bekerja, n sibuk2 sakit, tak lupa saya rajin gak google untuk study what should and what's not for a pregnant lady like me..i concerned about my food that could affect my bb. So what i need to avoid, I avoided. Sushi yg selama ni feveret, sama sekali saya tak makan. Sbb dia raw. Benda2 raw tak boleh makan. Half boiled egg pun is a no-no.

Calcium, Omega-3, Iron and vitamins are important at this stage. So i eat fish a lot, sama naik dgn makan chicken, meat, seafood. I also forced myself to like fruits, drink apple juice, milk once a day. Kejap2 anmum, kejap2 susu kambing. kira ok lah tu kan. makan kurma for sometimes (by right kena selalu n on daily basis but tak berapa nak ikut la pulak...)

Amalan, hurm...ok la..i try my best

Surah yasin, yusuf, maryam and luqman. All for the sake of Allah n my baby

Favourite TV show now is Korean series. ngeh ngeh. With the hopes that my son/daughter will look like them or at least got a skin like them (though the fact that me and the father is not that 'korean tone' tp still berharap....) ;p

I'll update again....daa!

Wednesday, 9 May 2012

Amalan murah rezeki & cerita pasal catering...

Salam..hey! lama dah tak update blog..almaklumlah al busy dengan daily activities yg super bosan. kerja, balik umah, tido, etc etc etc...last month (28 April) ada tempahan catering for a wedding. so before that date bertungkus lumus lah buat preparation, sbb takut gagal!! Alhamdulillah, everything was fine, tuan rumah pun puas hati..thank god. And credit also to friends yang byk tolong, such as kak yati, aidil, redzuan, my sister ruby and niece fara n putri! thanks to All....paling penting, ada 2 orang yang di belakang tabir yang memastikan kelancaran majlis. One: someone mystery (takleh sebut sini). Dia buat belakang tabir. Walaupun puas dimaki dihamun diherdik dimarah tapi dia manage everything for me. Thanks so much dear! Dia cari kan tempat sewa pinggan mangkuk sampai ke peralatan catering, dia lah juga yg carikan cook untuk meja pengantin, dia carikan arch, mak andam utk meja hiasan, cari lori utk angkut brg, cari air masak, ais dll. Fuhh~~Allah maha berkuasa kan...di tgh2 kebusy yan saya dgn kerja, Allah munculkan dia sebagai pembantu. Another credit n dialah yang sgt2 patut diberi millionnnnnsss pujian- mak kiah @ The Cook!! Oh mak! mak masak mmg marvellous, ramai puji...thanks emak. Mmg best sbb dia buat sorg2 from A to Z. cayalah ibuku di saat umurnya 63 tahun tapi masih gagah...she's a strength for me..syukur...

abes part catering, i wanna share something pulaks. Recently mmg suka google and cari2 pasal amalan2 yang patut dibuat on daily basis. Khasiatnya, hurm..nak tenangkan hati, nak murahkan rezeki etc etc...I did it so far, sikit2...lepas amalan2 ni dah buat, usaha tu mesti ada..n lastly tawakkal. Okeh, tak buang masa, let's see apa amalan2 yg insyaAllah baik untuk murah rezeki dan dilapangkan kehidupan....

1) Byk istighfar mintak ampun dari Allah
2) Baca surah yasin kalau boleh setiap awal pagi
3) In between solat sunat subuh and fardhu subuh, baca Al fatihah 41x
4) Lepas solat fardhu, recite Al fatihah and ayatul kursi
5) Rajin2 kan berselawat
6) Zikir byk2...especially yg ni specifically for rezeki- "la haula wala qu wata illah billah ila'li yila'zim"
7) Solat dhuha
8) Baca ayat seribu dinnar
9) Baca surah al-ikhlas setiap kali nak masuk rumah
10) Baca doa ini : "Allahumma inni a'u'zubika minal hammi wal hazan wa a u'zubika minal a'jzi walkasal
waau'zubika minal jubnil bakhl waau'zubika mina ghalabatit daini waqah rir rijal"
11) Selalu zikir "Ya Allah Ya Fattah" byk2
12) Baca surah at-taubah ayat 128-129 lepas solat fardhu
13) Baca surah al-wakiah setiap malam
14) Ari jumaat baca surah al-kahf
15) Banyakkan bersedekah
16) Doakan ibu-bapa
17) Nak lepas beban hutang, baca surah al-imran ayat 26-27
18) Solat taubat byk2, n bangun malam solat tahajud (alamak yg ni konpem2 lah aku fail)

hurm..let us try..buat lah semampu kita..insyaAllah ada lah ganjaran disisi Allah kan? hehe..sharing is caring kan....

part paling best bila kak yati suruh aku baca "sum mum buk mun um yum fahum la yar jiu'n" everytime mengadap duli yang tak mulia my boss a.k.a si botak!! wkakakakkaka...sawan aku dengar ayat kak yati ni! takut2 opis aku terbakar pulak bila baca byk2 kat dia tu. hehehe

p/s: kak yati kalau petang2 mmg feveret mengarut..;p!

Friday, 20 April 2012

"Tunjukkan aku jalan yg lurus"

Salam. Lama tak update blog. Busy dengan kehidupan seharian...ekekee...well, i'm coming back and wanna share something with readers, yang sudi baca blog saya ni...:)

Everyday, dalam sedar tak sedar, kita kena buat pilihan. Apa sahaja dalam kehidupan, kita mesti buat pilihan. Bangun pagi, pilih nak pakai baju apa, kasut apa. Nak makan, pilih nak makan kat mana, n nak makan apa...especially kita as Malaysian ni kan, yg disogok dgn pelbagai makanan. And yet, thanks to Allah, syukur, sebab masih dilimpahkan dengan rezeki untuk makan, minum dan pakai dengan benda yang elok-elok dan masih mampu dipilih. Of course, dalam pemilihan kita sehari-hari tu, kita harap pilihan kita tepat. E.g: baju yg kita pakai tu kena/cantik dgn kita, or makanan yg kita makan tu sedap n tak membuatkan kita sakit perut or sakit apa2 je lah..mcm yg aku kena arini gara2 makan nasi lemak..hehehe

Tapi, sebagai manusia biasa, yang lahir dan zahirnya sgt lemah, dan pengetahuan kita tak meliputi yg ghaib, thus we tend to make a wrong decision. Probably once, and maybe twice, sometimes more than that. Nauzubillah. Takut betul kita bila tersalah pilih. Tapi cmana nak pilih betul2 supaya tak silap? Belajar tinggi2 sampai degree, kdg2 sampai PHD pun, tapi still salah pilih kan? Tak cukup guna akal ke kita? Boleh ke kita control benda2 tu supaya tak silap?

Inilah yg nak di discuss.
"Bergantunglah sepenuhnya dengan Allah"
Dalam solat, hari2 kita minta supaya ditunjukkan jalan yg lurus.
Per day, kita akan minta sekurang2nya 17 kali (dalam solat)
I'm referring to surah Al-Fatihah ayat 6 which translated as "show us the right path"

kalau solat sunat, maybe kita minta sampai 20 kali atau lebih
Lepas solat lagi..dalam kereta otw nak blk rumah maybe...ahh..byk kali lahh

maybe kita sedar atau pun tidak, kita sudah pun meminta dgn Allah
n kita dikurniakan akal...berfikirlah mana yg bagus mana yang tak bagus
Digalakkan sgt2 buat solat istikharah juga kalau diri teramatlah buntu

Masih tak sure yg kita buat the right decision atau tak??

Tawakkal to Allah
Redha dengan Allah
believe in qada' and qadar...have a faith yg segalanya dah ditetapkan di qalam Allah

and we just follow
kalau kita ikut saja pilihan Allah, dan pastikan diri kita tak sesat dari apa yang Allah tunjuk, dan tinggal apa yg Allah larang
InsyaAllah semua selamat...
Berserah bulat2 pada Allah, biar Allah yg tentukan segala dengan kita mengharapkan kebaikan dari Nya

Target hidup kita cuma satu- Syurga kat akhirat
so hala tuju kita, dan apa saja yg kita buat, sebenarnya hanya untuk capai cita2 yg satu ni
kat dunia, kita berjalanlah mencari keredhaan Allah. Terus berjalan dan jangan sampai tersungkur..

Amin~

Friday, 30 March 2012

Cintai Allah Maha Agung

Maka mencintai Allah lebih dari segala-galanya itulah yang harus diterapkan dalam diri. Cuba mencari dan terus mencari cinta Allah. Takkan ada benda yang datang bergolek. Walaupun kita dilahirkan islam, kita masih wajib mencari iman. Harus mendapatkan hidayah dariNya. Iman tak dapat diwarisi. Tapi kita dikurniakan akal fikiran. Tepuk dada tanya selera. Mana jalan yang kita nak pilih untuk bahagia? So, serah lah bulat bulat kepada Allah s.w.t. Dalam al-quran sendiri ada quote byk mengenai penyerahan kita kepada Allah. Cuba lakukan yang terbaik untuk bahagia. Bersangka baik dengan Allah. Apa pun jalan yang kita pilih, kalau kita rasakan tujuannya semata-mata kerana Allah s.w.t, insyaAllah Allah lorongkan dan temukan yang terbaik saja untuk kita. Kalau tertimpa sesuatu di tengah jalan pun, itu adalah ujian kesabaran untuk kita tempuh, n mudah mudahan kalau kita still ikut jalan yg betul dgn sabar, Allah letak ganjaran yang tinggi untuk kita. Mungkin kalau kemanisan itu bukan di dunia, Allah pasti temukan kemanisan tu di syurga nanti Amin Wallahuallam.....

Setakat hari ni, hati saya masih terbuka untuk terima sesuatu yang masih, pada saya, punya harapan dan kesudahan yang baik insyaAllah. Kerana telah memilih sekali, saya masih rasa yang pemilihan yang lepas adalah yang terbaik untuk dipertahankan, untuk diperbaiki. Mungkin dulu lain ceritanya. Tapi dengan hidayah Allah beri, sedikit penghijrahan yang sangatlah kecil dari diri sendiri, saya ingin sangat gunakan untuk perbaiki sesuatu yang sudah hampir rapuh dan hancur. Konfiden itu datang dari kepercayaan dan penyerahan hidup bulat-bulat kepada Allah. Rasa cinta ada Allah wajib lebih dari segala galanya. Dengan itu kita mungkin dapat buat pilihan dengan lebih yakin. As a human yang sangat lemah pengetahuan dan langsung buta dengan keghaiban, atau kejadian yang bakal dihadapi, saya cuma berharap keputusan ini tepat.

Mungkin Allah sedang menguji saya sekarang. Apa yang dah jadi, saya jadikan satu pengajaran yang besar, dan dengan itu, pelbagai action and back up action, selain catatan untuk mengingatkan diri dan menghindarkan diri dari terjerumus pada sesuatu yang tak diingini berlaku. Kemudian, I will always assume yang manusia sangat sukar berubah. Seseorang yang lain tidak mungkin dapat mengubah seorang yang lainnya, kalau bukan datang dari inisiatif diri orang itu sendiri. So macamana? caranya, berdoa dan solat hajat agar Allah temukan jalan yg lurus buat orang itu, dan sebagai orang yang rapat dengannya, haruslah ada cara yang 'halus' untuk kasi perubahan dalam diri org tersebut. Halus tak bermaksud jin, syaitan dan sebagainya ya. Tapi indirect ways/means to lead the people tend to change to the right path. Bantu dia. Serik dah nak jadi cikgu atau makcik bebel, atau jadi pengarah yang nak kena fikir itu ini untuk dia, yang mana dia setakat lakonkan ikut arahan aje. No, taknak buat mcm tu lagi. Lagi satu, persiapan untuk diri sendiri paling penting,untuk belajar terima dia seadanya, dan belajar hidup dengan seseorang yang memang lain benar didikannya dari kita sejak kecik dulu.

So, balik pada tajuk, apa2 pun, yang penting nawaitu, kerana Allah. N sdg belajar tanamkan rasa cinta kepada Allah mengatasi segala-galanya. InsyaAllah semua jadi ok, dan Allah akan tunjuk jalan-jalan seterusnya, tapi haruslah tidak terburu-buru. Tindakan mesti bijak, dan wajib ada SABAR. Doakan saya...insyaAllah...amin

Thursday, 22 March 2012

Allah the almighty

Salam. Today is friday. Friday is the best day among others for muslims. Take the chance to pray and hope that Allah will listen to all our prayers, amin....

Like me, Alhamdulillah, after struggle to live, and struggle to survive after the worst tragedy happened to me, Allah at the right time, show me what he should. Last monday,at about 11 00 pm, my husband came back. I act very calm and peaceful, in order to listen to him, after 2 months plus, he disappeared. I don't know why, although I was very upset and mad to all that he has done, but deep inside, I still love him very much, coz he is my husband, and...I really pity on him, and really hope that he'll change. He apologized, he bent down to my knee to express the sincere sorry, but it was hard. It's not because I still mad at him. In fact I forgive him long time ago. But it was so complicated. I have to be fair with myself and my parents. When he was away, my parents, family and friends were with me to make me happy. Always accompany me. If I choose to come back to him, I will have him, but I will lose more. They were around when he ran from me.

However, I am still his wife and he said that he loves me so much and never wanna let me go. I'd ask him to divorce me in a good way, for the sake of everyone. For the justice. For my future, my parents and family, and also for his family. But he refused to. He really hopes that I will come back to him and we will build a new life. New family. I have not decided any. Though I love him so much, I need to think of myself. How suffer I was when he ran away. When he choosed to silent. I scared things to happen once again.

Istikharah is the best way. I will pray to god to show me the right path, and to make a right decision. Whatever it is, i want to do what I can do best for myself, my parents, for islam and for my family. I have to be fair to everyone, despite of what I want, or what I think. InsyaAllah.